Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Penggunaan Aplikasi MySejahtera Kini Diwajibkan

Penggunaan Aplikasi MySejahtera Kini Diwajibkan

Diterbitkan Februari 10, 2021 oleh Helmi Samsuri

Kita telah pun memasuki minggu ketiga selepas PKP 2.0 dikuatkuasakan 13 Januari yang lalu. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan pada sidang media, kes baharu dijangka akan mendatar dengan kadar kebolehjangkitan terus menurun dan terkawal.

Perkembangan terbaharu, Dato’ Sri Ismail Sabri pada sidang media PKP semalam telah menyatakan penggunaan aplikasi MySejahtera kini diwajibkan pada kawasan yang mempunyai capaian internet yang luas. Arahan tersebut telah dikuatkuasakan serta-merta.


Walaupun begitu, kelonggaran diberikan kepada kawasan kampung dan pedalaman yang tidak mempunyai capaian internet. Orang ramai yang berada dikawasan tersebut perlu mengisi buku rekod yang disediakan pada premis yang dikunjungi.

Tambah beliau lagi, sesetengah negeri mempunyai aplikasi pengesanan tersendiri dan penggunaannya tetap dibenarkan, namun MySejahtera mesti diutamakan.

Dalam pada itu, aplikasi pengesanan kontak SELangkah untuk negeri selangor akhirnya rasmi dilancarkan. Ia kini menyokong imbasan kod QR MySejahtera yang mana setiap data akan disimpan pada MySejahtera.

Penggunaan Aplikasi MySejahtera Kini Diwajibkan

Selain itu, terdapat juga pilihan daftar masuk melalui GPS yang memudahkan pengguna untuk membuat pendaftaran tanpa perlu membuat imbasan kod QR.

Penggunaan Aplikasi MySejahtera Kini Diwajibkan
Penggunaan Aplikasi MySejahtera Kini Diwajibkan
Penggunaan Aplikasi MySejahtera Kini Diwajibkan

Antara ciri-ciri lain yang ada dan bakal ditawarkan melalui SELangkah adalah seperti sejarah imbasan, papan buletin, SELangkah ID, SELangkah Biz, SELangkah Wallet dan SELangkah Pay.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY