Ikuti kami di media sosial

Berita

Pengguna Yang Gembira Lebih Mudah Ditipu Penggodam – Penyelidik

Helmi Samsuri

Ditulis

pada

Semua orang mahukan mood atau suasana yang baik dalam kehidupan seharian, lebih-lebih lagi apabila sedang membuat keputusan untuk melakukan sesuatu. Namun dapatan daripada satu kajian menyatakan sebaliknya. Berada dalam keadaan senang hati, anda lebih mudah dijerat penggodam.

Mengungkap laporan dari Cnet, sekumpulan penyelidik dari University of Florida dan Google telah menjalankan kajian psikologi berkenaan e-mel palsu dan bagaimana penggodam mengambil kesempatan keatas kelakuan manusia serta memperdaya mereka untuk menekan pautan yang berbahaya.

Serangan phishing melalui e-mel merupakan salah satu teknik yang paling banyak digunakan dalam pencerobohan data pengguna. Menurut Ketua Penyelidikan Anti-Penyalahgunaan Google, Elie Burszstein, syarikat teknologi itu menyekat lebih 100 juta e-mel phishing setiap hari.

Teknik phishing sentiasa berubah dimana penggodam akan mencipta cara baru yang lebih efisien dan menyasarkan kepada kelompok pengguna yang sedikit, menyebabkannya sukar untuk dikesan.

Dalam kajian yang diketuai oleh Prof. Daniela Oliviera, seramai 158 peserta diuji dimana mereka telah diberitahu akan dihantar dengan satu e-mel phishing setiap hari dan penyelidik akan mengesan sama ada mereka menekan pautan tersebut.

E-mel palsu dicipta untuk mengeksploitasi sifat manusia dan penggodam bergantung kepada pengguna yang membuat keputusan tanpa berfikir terlebih dahulu. Hasil kajian memperlihatkan perilaku menekan pautan berbahaya dibuat adalah refleks dan bukannya kelakuan kognitif pengguna.

Menurut Oliviera lagi, pengguna mudah terdedah kepada phishing kerana ia memanipulasi otak manusia untuk membuat keputusan. Penyelidik menyatakan otak berfikir dengan dua cara untuk membuat keputusan; pertama secara automatik dan pantas seperti melakukan aktiviti harian (berus gigi) dan satu lagi dengan cara yang memerlukan pertimbangan seperti contoh membeli kereta.

Kelakuan menekan pautan pada e-mel berada pada cara pemikiran yang pertama dan penggodam bergantung pada keputusan yang pantas untuk menjerat mangsa. Tambah Oliviera, pengguna yang mempunyai tahap tekanan yang tinggi lebih baik dalam mengesan penipuan seperti e-mel palsu dan lebih skeptikal dengan penipuan dalam talian.

Walaupunbegitu, Oliviera menyatakan tiada siapa menyuruh untuk kita berada dalam keadaan yang suram atau tertekan sepanjang masa tetapi perlu berwaspada apabila gembira, kita mungkin mudah terpedaya.

Teruskan Bacaan
Advertisement
Apa Komen Anda

Tinggalkan Pandangan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Terbaru

Ikut Facebook Kami

Popular