Pengguna Windows Jangan Terpedaya Dengan E-mel Palsu Kemas Kini Windows

Membuka pautan e-mel itu akan menyebabkan komputer anda dijangkiti perisian hasad "Cyborg".


Penyelidik dari Trustwave mendedahkan penyebaran e-mel palsu terhadap pengguna sistem operasi Windows yang meminta mereka mengemas kini sistem operasi komputer mereka dengan segera.

E-mel spam itu yang berbunyi "Install Latest Microsoft Windows Update now! Critical Microsoft Windows Update!" itu sudah cukup untuk membuktikan bahawa ia adalah e-mel palsu yang bukan datang dari pihak Microsoft.

Menurut Trustwave, sekiranya pengguna klik pada pautan yang terdapat di dalam e-mel itu, pengguna sebenarnya sedang memuat turun fail bernama 'bitcoingenerator.exe' yang mengandungi ransomware Cyborg.

Fail itu dimuat turun dari akaun Github bernama misterbtc2020 yang didapati penyelidik baru aktif beberapa hari lalu. Sekiranya Cyborg berjaya menjangkiti komputer mangsa, ia akan terus mengunci kesemua fail-fail yang ada di dalam komputer tersebut dengan meninggalkan mesej seperti "not-so-lucky" 777.

Kapsyen: Kredit: Trustwave


Oleh itu, pengguna Windows diminta berhati-hati terhadap e-mel yang diterima. Pastikan anda hanya menyemak kemas kini Windows anda dari dalam sistem Windows anda menerusi Windows Update sahaja atau dari laman rasmi yang berkaitan.

Kapsyen: Settings > Update & Security > Windows Update > Check for updates.