Pengguna Windows Disarankan Untuk Tidak Menggunakan Perisian Defender Sahaja

Sistem operasi Windows mempunyai sistem anti virus mereka sendiri yang dipanggil Windows Defender. Pengguna sistem operasi itu telah disarankan untuk tidak sahaja bergantung kepada perisisan tersebut dari ancaman virus.

Satu ujian telah dilakukan oleh PC Magazin di Jerman yang mendapati yang perisian itu hanya mendapat penarafan memuaskan dan tidak effektif berbanding 11 perisan berbayar yang lain.

Microsoft menyediakan perisian tersebut secara percuma dalam sistem operasi mereka dan mungkin hanya mencukup kepada mereka yang jarang menggunakan komputer mereka untuk melayari internet.

Sumber