Sebelum ini hanya pengguna versi Windows 7 sahaja yang menerima notifikasi tersebut.
Microsoft hari ini memaklumkan yang mereka mula menghantar notifikasi kepada pengguna Windows 7 Pro sebagai peringatan untuk mereka menaik taraf sistem operasi komputer mereka kepada Windows 10.
Ia adalah tindakan susulan selepas sebelum ini hanya pengguna Windows 7 sahaja yang mula menerima notifikasi peringatan menaik taraf kepada Windows 10 sejak April lalu.
“By starting the reminders now, our hope is that you have time to plan and prepare for this transition,”
Sebagai makluman, Microsoft akan menamatkan sokongan sepenuhnya terhadap Windows 7 pada 14 Januari 2020 nanti.
Windows 7 pertama kali diperkenalkan secara komersil dalam bulan Oktober 2009 dahulu. Jadi tidak menghairankan selepas 10 tahun, Microsoft akan menamatkan sokongan terhadap sistem operasi komputer yang sudah lapuk itu.
Sejak kahir-akhir ini, Microsoft giat memaklumkan kepada pengguna Windows supaya menaik taraf kepada sistem baru termasuklah perisian popular Office 2010 yang akan ditamatkan sokongannya pada 13 Oktober 2020.
Berkaitan
- Intel Mencapai Rekod Pendapatan Sehingga USD72 Bilion Pada Tahun 2019
- Facebook Membuang Lebih 74 Juta Hantaran Dari April Hingga September Lalu
- Windows 10 Terima Kemas Kini Terbaru Pertama Tahun Ini
- Isu Penggodaman Yang Berlaku Pada iPhone Turut Sama Berlaku Pada Peranti Android Dan Windows
- Sebahagian Pengguna Windows 10 v1809 Dinasihatkan Supaya Tidak Mengemas Kini Windows Mereka
- IBM Dilapor Rancang Gantikan 7,800 Pekerjaan Dengan AI
- Akibat Jual Lebih 7 Juta 'Hard Disk' Kepada Huawei, Seagate Didenda RM1.3 Bilion
- Honda Lancar e-Skuter Comel Bersama Aplikasi, Motocompacto Berharga ~RM4,700
- Microsoft Defender Windows 10 Kini Dilengkapi Pengimbas Serangan Firmware
- Nokia Kembali Dengan Rekaan Telefon Boleh Lipat - Nokia 2720 Flip