Pengguna Windows 7 Kini Sudah Mula Beralih Kepada Windows 10

Dikala Microsoft akan menamatkan sokongan terhadap Windows 7 pada penghujung Januari 2020.


Seperti yang sedia maklum khususnya pengguna sistem operasi Windows 7, pembangun sistem operasi komputer Microsoft akan menamatkan sepenuhnya sokongan terhadap Windows 7 pada penghujung bulan Januari tahun hadapan.

Berikutan itu, menurut data daripada Net Market Share menunjukkan sebahagian besar pengguna Windows 7 telah mula beralih kepada Windows 10. Walaupun pengguna menaik taraf sistem komputer mereka secara perlahan kepada versi Windows terkini, tetapi dapat dilihat peratusan penggunaan Windows 10 kini sudah mula lebih tinggi daripada Windows 7.

Kapsyen: Peratusan sistem komputer yang aktif digunakan oleh pengguna di seluruh dunia setakat bulan Jun dan jUALI 2019. Kredit: Net Market Share


Walaupun data yang dikongsikan ini bukanlah data rasmi, tetapi dianggarkan setakat ini secara kasarnya lebih kurang 61 juta pengguna telah berhenti menggunakan Windows 7.  Manakala 51 juta pengguna telah beralih kepada Windows 10.

Jadi, kepada para pengguna yang masih menggunakan Windows 7, anda masih mempunyai masa untuk menaik taraf sistem komputer Windows anda kepada versi Windows 10 sebelum berakhirnya tahun ini.

Berkaitan