Ini adalah berita baik kepada anda kerana sebelumĀ ini Microsoft menyatakan bahawa naik taraf Windows 10 secara percuma telah ditamatkan pada bulan Disember 2017 dahulu.
Ini menunjukkan bahawa Microsoft benar-benar mahu pengguna sistem Windows terdahulu supaya menaik taraf dan menggunakan Windows 10 yang lebih moden.
Jadi di sini dikongsikan cara untuk mendapatkan Windows 10 secara percuma dari Microsoft:-
- Muat turun Windows Media Creation tool dari laman rasmi Microsoft.
- Lancarkan aplikasi tersebut dan pilih Upgrade this PC now
- Seterusnya ikuti langkah-langkah yang dipaparkan di skrin untuk proses menaik taraf sistem Windows anda
- Setelah selesai ikuti langkah-langkah tersebut, anda akan dapati komputer anda sudah pun siap dipasang dengan Windows 10.
- Tetapi selepas itu, anda semak dahulu status pengaktifan versi Windows 10 yang anda gunakan menerusi Settings > Update & Security > Activation
- Sepatutnya pengaktifan lesen Windows 10 akan dibuat secara automatik berdasarkan kunci produk (yang sah sahaja) dari versi Windows 7 atau Windows 8.x yang anda gunakan sebelum ini.
- Atau anda boleh ,mengaktifkan versi Windows 10 dengan menggunakan kaedah Registry.
Semakan terkini dari laman Stat Counter, pengguna global Windows 10 adalah pada kadar 75.68%.
Manakala pengguna Windows 7 dan Windows 8.1 pula masing-masing pada kadar peratusan 18.03% dan 3.95%.
Berkaitan
- Xiaomi Memberhentikan Pengeluaran Redmi Note 10 Untuk Pasaran Indonesia
- Isu Penggodaman Yang Berlaku Pada iPhone Turut Sama Berlaku Pada Peranti Android Dan Windows
- iPhone 7 Plus Masih Kekal Sebagai Telefon Pintar Paling Popular Di Malaysia Setakat Ini
- Aplikasi YouTube Music Kini Tersedia Pasang Pada Semua Peranti Android 10
- Pengguna Windows 10 Mungkin Hanya Akan Terima Kemas Kini Setahun Sekali Sahaja Bermula Tahun Hadapan
- Dilaporkan Lebih 7.5 Juta Rekod Pengguna Servis Adobe Creative Cloud Terdedah
- Android 12 Lebih Banyak Isu Kecacatan Berbanding iOS 15 Selepas 10 Bulan Dilancarkan - Kajian
- Ini Mungkin Nama Baru Sistem Operasi Windows 11
- Satelit Starlink Lakukan Lebih 1,700 Kali Pergerakan Bagi Mengelak Serpihan Misil Anti Satelit Rusia
- Baru Berumur 7 Tahun, Budak Perempuan Ini Dinamakan Sebagai Ahli Astronomi Termuda Di Dunia