Wahai Pengguna WhatsApp Sekalian, Anda Diseru Supaya Mengemaskini Aplikasi Tersebut Dengan Segera

Pastikan aplikasi WhatsApp yang digunakan dalam peranti pintar anda adalah versi terkini.


Berikutan pendedahan berkenaan kelemahan ciri keselamatan aplikasi WhatsApp yang telah dipasang perisian intipan oleh syarikat sekuriti siber yang berpengkalan di Israel, langkah terbaik bagi menyelesaikan isu tersebut adalah dengan mengemaskini segera aplikasi WhatsApp anda.

Sepertimana makluman rasmi daripada pihak Facebook, pemilik aplikasi WhatsApp kepada para pengguna mereka,

"WhatsApp encourages people to upgrade to the latest version of our app, as well as keep their mobile operating system up to date, to protect against potential targeted exploits designed to compromise information stored on mobile devices" jurucakap rasmi bagi pihak Facebook.

Jadi pastikan versi WhatsApp yang anda gunakan adalah versi terkini yang berikut, mengikut sistem operasi peranti anda bagi mengelakkan isu ini:-

  • WhatsApp untuk peranti Android - v2.19.134 atau terbaru


Kapsyen: Jika anda pengguna peranti Android, pastikan versi aplikasi WhatsApp anda adalah v2.19.134 atau terbaru.


  • WhatsApp Business untuk Android - v2.19.44 atau terbaru

  • WhatsApp untuk peranti iOS - v2.19.51 atau terbaru

  • WhatsApp Business untuk iOS - v2.19.51 atau terbaru

  • WhatsApp untuk telefon Windows - v2.18.348 atau terbaru

  • WhatsApp untuk Tizen - v2.18.15 atau terbaru