Pengguna Unifi Dibeberapa Kawasan Di Sabah Alami Gangguan Perkhidmatan

Sebahagian pelanggan Unifi di beberapa kawasan di Sabah kini dilaporkan sedang menghadapi gangguan perkhidmatan unifi, Streamyx dan talian tetap.

Hal ini adalah berikutan kejadian kabel putus yang telah dikenal pasti pihak pengendali tersebut. Antara kawasan yang terlibat adalah;

  • Era

  • Lahad Datu

  • Tawau

  • Nunuyan

  • Semporna

  • Apas

  • Kunak

  • Felda Sahabat

  • Beluran

  • Kinabatangan

  • Telupid

  • Kalabakan

  • Balung


Menurut pemberitahuan dari Unifi, pasukan-pasukan teknikal mereka telah berada dikawasan yang dikenal pasti untuk menjalankan proses baik pulih. Difahamkan lagi, lokasi-lokasi tersebut berada dikawasan terpencil dan keadaan cuaca yang tidak menentu, menyukarkan proses baik pulih berkenaan. Walaubagaimanapun Unifi menyatakan mereka akan berusaha untuk mengembalikan perkhidmatan tergendala itu secepat yang mungkin.