Pengguna Telegram Boleh Wujudkan Grup Perbualan Berasaskan Lokasi

Dalam kemaskini sebelum ini, Telegram meningkatkan tetapan privasi dengan menambah ciri seperti menyembunyikan nombor telefon daripada pengguna lain.

Kini,  satu lagi kemaskini telah diberikan dimana semua chat mempunyai ciri Add to contacts di ruangan atas yang dapat memudahkan pengguna menyimpan sesuatu kenalan dengan menekan butang berkenaan. Turut sama dipaparkan adalah butang Block User, berfungsi menyekat mana-mana penghantar mesej yang anda mahukan.



Dalam kemaskini itu juga, ada terkandung ciri menambah kenalan berdekatan, Ia boleh dilakukan dengan cara: Contacts > Add People Nearby dan seterusnya pilih pengguna berhampiran yang berada dalam senarai paparan.



Tidak cukup dengan itu, pengguna kini juga boleh mewujudkan grup perbualan berasaskan lokasi. Sebagai contoh, anda berada didalam kampus atau majlis, anda boleh mencipta grup perbualan dengan menambah pengguna yang berada dilokasi sama.



Sumber: Telegram Blog