Pengguna Telefon OnePlus Sedia Ada Dilanjutkan Waranti Bermula 15 Julai

Mulai 15 Julai, OnePlus memperkenalkan polisi waranti baharu khas buat pengguna telefon pintar OnePlus di Malaysia.

Polisi baharu ini nanti memberi pengguna OnePlus akses kepada pembaikan dan perkhidmatan penyelenggaraan percuma untuk jangka masa yang lebih panjang.

Dari 15 Julai hingga 15 September 2022, waranti telefon yang meliputi model OnePlus 8, OnePlus 8 Pro, OnePlus 8T, OnePlus 9, OnePlus 9 Pro, OnePlus 9R, OnePlus 10 Pro, OnePlus N10, OnePlus N100, OnePlus Nord 1, OnePlus Nord 2, OnePlus Nord CE, dan OnePlus Nord CE 2, akan menerima berbilang peringkat sokongan pelanggan melalui dasar pelanjutan waranti OnePlus.

Sepanjang tempoh ini, pengguna OnePlus sedia ada boleh melawati dua pusat perkhidmatan untuk membaiki telefon pintar mereka.

Sebagai alternatif, pengguna OnePlus juga boleh pergi terus ke mana-mana kedai runcit OnePlus untuk menikmati postal repair services, di mana telefon akan dihantar ke pusat servis secara percuma.

Bukan itu sahaja, OnePlus juga menawarkan pilihan self-postal repair service, boleh menghantar telefon pintar ke Powerhouse OnePlus Authorised SIR Centre, dengan yuran penghantaran masuk ditanggung oleh pengguna dan yuran pemulangan ditanggung oleh pusat SIR tersebut.

Usaha ini berikutan siri OnePlus Nord - OnePlus Nord 2T dan OnePlus Nord CE 2 Lite - yang akan dilancarkan untuk pasaran Malaysia pada 14 Julai ini.

Siri OnePlus Nord terbaharu ini turut didatangkan dengan waranti 12 bulan dan tempoh pertukaran selama 7 hari.

Sumber: Siaran akhbar OnePlus