Pengguna Spotify, Ini Caranya Untuk Mendapatkan Kualiti Musik Yang Lebih Lazat

Mungkin masih tak ramai pengguna Spotify yang tahu tentang ciri 'tersembunyi' ini. Ciri ini mampu menghasilkan bunyi musik yang lebih lazat dan berkrim disukai ramai. Ciri ini hadir untuk pengguna yang melanggan servis Premium RM14.90 sebulan.

Untuk memastikan anda mendengar musik dengan kualiti yang dasyat, anda boleh pergi ke tetapan untuk mengubah kualiti ke "Extreme". Tetapi harus diingat, kualiti yang tinggi juga bermakna penggunaan data yang tinggi. Jadi pastikan signal internet anda sentiasa kuat.

Kepada audiphile, ciri ini sangat sesuai untuk anda. Dengan mengubah tetapan kepada 'Extrem' lagu yang dimainkan dengan 320 kbit/s berbanding dalam kualiti biasa iaitu hanya pada 96 kbit/s.

Untuk pengguna iOS;


Pergi ke 'Your Library', kemudian tekan ikon 'Setting'. Pergi ke 'Music Quality' dan ubah kepada 'Extreme'.



Untuk pengguna Android pula;


Pergi ke 'Your Library', kemudia pergi ke 'Music Quality' dan di bahagian 'Streaming' ubah kepada 'Extreme'.




Selamat mencuba!