Penyelidik keselamatan telefon pintar dari Kaspersky mendakwa, sebanyak 14.8% pengguna telefon pintar Android dijangkiti oleh perisian hasad (malware) dan perisian hasad iklan (adware) yang bersembunyi di dalam fail sistem operasi Android.

Ia selepas perisian hasad tersebut berjaya menjangkiti dan memperoleh akses terus ke dalam sistem operasi peranti dan memasang adware di dalamnya.

Seterusnya kod perisian hasad itu memasuki ke dalam firmware peranti sekaligus mula memaparkan pelbagai iklan-iklan tidak berkaitan bagi mengaut keuntungan mudah.

Peratusan pengguna yang telah terdedah dengan adware atau malware di seluruh dunia dari Mei 2019 hingga mei 2020. Sumber: Kaspersky.

Perisian – perisian hasad yang menjangkiti pengguna Android pula terdiri daripada pelbagai jenis seperti Trojan-Dropper.AndroidOS.Agent.pe, Trojan.AndroidOS.Sivu.c, AdWare.AndroidOS.Plague.f dan AdWare.AndroidOS.Secretad.c.

IKLAN

Penyelidik juga memberikan contoh telefon pintar dari jenama Meizu yang didakwa tersedia memasang adware tersebunyi di dalam peranti keluaran mereka.

Unfortunately, if a user purchases a device with such pre-installed advertising, it is often impossible to remove it without risking damage to the system.” Kaspersky.