Pengguna Pelayar Firefox Berdepan Isu Penggodaman, Kemas Kini Segera

Jika anda adalah pengguna aplikasi pelayar Firefox, anda disyorkan supaya segera mengemas kini aplikasi tersebut kepada versi terbaru.

Ia berikutan penemuan kecacatan kritikal pada aplikasi tersebut yang didedahkan baru-baru ini.

Menurut penyelidik keselamatan bernama Lukas Stefanko, beliau mendakwa kecacatan pada pelayar Firefox adalah serius yang sehingga boleh menyebabkan telefon pintar pengguna digodam.

https://twitter.com/LukasStefanko/status/1307013106615418883?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1307013106615418883%7Ctwgr%5Eshare_3&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.komando.com%2Fsecurity-privacy%2Fcritical-firefox-update%2F755252%2F

Susulan daripada penemuan itu, Stefanko telah segera menghubungi pembangun aplikasi itu, Mozilla bagi melaporkannya.

Pihak Mozilla juga telah respon dan segera melepaskan kemas kini terbaru bagi menangani isu tersebut.

Jadi, bagi mereka yang masih belum mengemas kini aplikasi pelayar Firefox di telefon pintar mereka, bolehlah segera melakukannya bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa jenayah siber.