Pengguna Ookyo Akan Ditukar Kepada Hotlink RED Bermula Tahun Hadapan

Setelah lebih dua tahun menyediakan perkhidmatan, Ookyo kini telah mengumumkan bahawa ia akan beralih kepada Hotlink RED pada tahun hadapan.

Peralihan tersebut dijadualkan berlangsung pada 21 Januari 2020 dan tiada lagi pendaftaran baru dibuat bermula semalam, 21 November 2019. Sekiranya anda merupakan pengguna Ookyo, jangan khuatir kerana perubahan ini dilakukan secara automatik pada tarikh yang ditetapkan.



Selain itu, pengguna sedia ada juga akan diberikan ganjaran berupa data 8GB secara percuma yang sah digunakan selama 30 hari.

Ookyo diperkenalkan oleh Maxis pada 2017 merupakan pelan prabayar yang menyediakan data tanpa had untuk beberapa aplikasi terpilih berdasarkan pakej yang dilanggan. Menariknya tentang perkhidmatan ini, ia ditawarkan dalam aplikasi dan kesemua urusan dilakukan secara dalam talian.

Sumber: Ookyo