Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OnePlus 9 Pro

Pengguna OnePlus 9 Pro Lapor Telefon Terlalu Panas

Diterbitkan April 13, 2021 oleh Amsyar Latif

Siri OnePlus 9 baru sahaja dilancar pada hujung Mac yang lalu. Namun, belum lagi sebulan dijual, telefon ini sudah menerima pelbagai aduan dan rungutan dari pengguna.

Perkara yang menjadi bualan hangat pemilik OnePlus 9 Pro adalah masalah terlalu cepat panas. Ada yang mengatakan peranti tersebut sangat panas ketika membuat rakaman video 4K 60fps.

OnePlus9 Pro complain

Ada juga yang mengatakan terlalu panas ketika mengecas dan ada pula mengeluh kerana ia panas walaupun tidak menggunakan peranti.

Walau bagaimanapun, OnePlus mengeluarkan kenyataan dimana mereka sudah mengenal pasti masalah yang dihadapi pengguna.

Buat masa sekarang, pengguna perlu menunggu kemas kini sistem operasi Oxygen OS baharu yang akan dilepaskan dalam masa terdekat.

Dengan kemas kini tersebut, OnePlus mendakwa ia akan menyelesaikan masalah suhu peranti yang panas dan meningkatkan prestasi bateri.

Sumber: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY