Pengguna Mungkin Perlu Menunggu Sehingga 2022 Untuk Melihat iPhone Dengan Lensa Periskop

Berdasarkan laporan penganalisis Ming Chi Kuo, Apple dijangka akan membangunkan lensa periskop pada 2022 dengan bantuan pembekal baru.

Menurut Kuo, dua pembekal baru akan memasuki rantaian bekalan Apple berikutan dapat meningkatkan kemampuan kamera iPhone. Antara pembekal yang disebut adalah pembekal lensa Korea Selatan, Semco dan China, Sunny Optical.



Kerjasama Apple dengan pembekal tersebut adalah untuk mempelbagaikan lagi bekalan komponen lensa untuk iPhone, iPad dan Mac. Kos lensa yang lebih rendah dan pembangunan teknologi baru juga disebut sebagai faedah.

Sebagai contoh, Semco diramal akan menghantar lensa telefoto periskop untuk iPhone pada tahun 2022, dengan firma itu memperoleh kira-kira separuh daripada semua pesanan.

Bagi Sunny Optical pula, penilaian kualiti Apple mungkin diluluskan pada suku keempat 2020. Sekiranya pembekal ini dapat memenuhi piawaian Apple, kemungkinan akan memulakan penghantaran secara besar-besaran lensa 5P untuk iPad dan lensa tertentu untuk Mac pada separuh pertama 2021.

Dalam pada itu, iPhone pada tahun ini dijangka akan lebih memfokuskan kepada penambahbaikan kualiti gambar, termasuk melalui lensa tujuh elemen dan bukannya lima atau enam seperti yang digunakannya pada hari ini.

Sumber: Apple Insider