Pengguna Mi A1 Mengadu Masalah Bateri Cepat Habis Selepas Kemaskini Oreo

Beberapa hari lalu Xiaomi telah menyambung semula pelepasan kemaskini Android Oreo untuk peranti Mi A1. Sebelum itu, kemaskini tersebut telah digantung sebanyak dua kali berikutan terkandungnya pepijat yang membawa kepada kegagalan beberapa fungsi peranti.

Kemaskini yang ketiga yang sepatutnya membaiki kelemahan dua versi sebelumnya tetapi dilaporkan turut menghadapi masalah, antaranya bateri kehabisan kuasa dengan terlalu pantas.



Berdasarkan komen yang dibuat pemilik peranti di laman GizmoChina, rata-rata dari mereka mengadu masalah bateri cepat habis selepas dikemaskini.

Undian juga dijalankan di forum Mi berkaitan perkara itu dan hasilnya mendapati ramai pemilik Mi A1 terkesan dengan kemaskini Oreo tersebut.



Setelah tiga kali percubaan kemaskini, nampaknya pembangun Xiaomi masih gagal membawakan kemaskini yang boleh membaiki masalah pepijat pada Android Oreo Mi A1.

Sumber: Gizmochina