Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

(Kemaskini) Pengguna Mengadu Rangkaian Maxis Sedang Menghadapi Masalah

Posted on Oktober 7, 2019Oktober 8, 2019

*Pihak Maxis memaklumkan bahawa perkhidmatan mereka telah dibaik pulih.


Meneliti kicauan-kicauan yang dibuat di laman Twitter, salah satu pengendali rangkaian tempatan dikatakan sedang menghadapi masalah.

Rata-rata pengadu meluahkan rasa kurang senang mereka apabila akses kepada internet gagal dilakukan. Dipercayai juga isu ini sudah berlarutan sejak pagi tadi lagi.

Menerusi ciapan balas dari Maxis, perkhidmatan pra-bayar Hotlink juga mengalami masalah rangkaian ketika ini dan pihak teknikal sedang berusaha untuk membaik pulih bagi mengembalikan operasi seperti sediakala. Pihak pengendali juga menyatakan isu ini dijangka selesai dalam tempoh terdekat.

Hi, maaf atas kesulitan. Jika anda menggunakan servis Hotlink prepaid, terdapat isu teknikal kini untuk servis prepaid. [1]

— Maxis (@MaxisListens) October 7, 2019

Pihak teknikal kami sedang menjalankan kerja pembaikan. TQ-Isaac [2]

— Maxis (@MaxisListens) October 7, 2019

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress