Pengguna Malaysia Gunakan Internet Sekitar Lapan Jam Sehari

Penggunaan peranti pintar dengan kemudahan internet yang semakin meluas, berkemungkinan menjadi salah satu faktor Malaysia tersenarai dalam kelompok 5 tertinggi didunia bagi kategori penembusan media sosial mudah alih.

Berdasarkan laporan Digital 2019 yang dikeluarkan oleh Hootsuite and We Are Social, Malaysia berada dikedudukan keempat dunia dimana secara purata, 8 jam 5 minit sehari dihabiskan untuk melayari internet. Daripada tempoh itu, 2 jam 59 minit pula adalah tempoh yang digunakan pada media sosial.

Bagi rantau Asia Tenggara pula, negara berada di tangga teratas mengatasi Singapura, Thailand dan Filipina menurut laporan terbabit.

Sebanyak 75% pengguna internet dalam negara membelanjakan wang pada e-dagang, sementara 58% membelanjakan wang bagi platform dagang mudah alih.

Dari segi perbankan mudah alih, peratusan pengguna internet Malaysia adalah 66%, ia sedikit tinggi berbanding negara jiran, Singapura dengan rekod 64%.

Perkhidmatan e-hailing dalam negara juga dilihat disenaraikan sebagai ketiga tertinggi didunia selepas Singapura dan Indonesia.

Sumber: Bernama