Pengguna Malaysia Boleh Tonton Anugerah Muzik MAMA 2020 Melalui JOOX

Peminat muzik korea atau pun K-Pop pasti tahu akan anugerah terkenal Mnet Asian Music Awards (MAMA). Kali ini, acara besar tahunan ini akan dilakukan secara maya buat julung kalinya.

Disebabkan COVID-19, anugerah ini dilakukan secara maya dan boleh ditonton secara dalam talian melalui platform muzik JOOX.



Ini merupakan kali kelima secara berturut-turut anugerah K-Pop berprestij MAMA 2020 disiarkan di JOOX. Ia adalah komitmen JOOX untuk menyumbang kepada peningkatan meteorik genre ini di peringkat Asia terutama Malaysia.

Kapsyen: TWICE


Penyiaran MAMA 2020 kali ini agak berlainan dimana penggunaan teknologi AI yang lebih canggih. Menariknya, terjemahan sari kata di JOOX adalah serentak melalui teknologi ini.

Kapsyen: Blackpink


Agak jarang kita lihat acara siaran langsung menggunakan sari kata secara terus. Dengan ini, penonton di Malaysia masih dapat memahami tanpa ada halangan bahasa.

Bagi peminat BTS, TWICE, Blackpink, GOT7, MAMAMOO dan lain-lain boleh saksikan anugerah ini secara langsung menerusi JOOX pada 6 Disember 2020 bermula jam 3 petang.