Pengguna Lenovo ThinkPad Dinasihatkan supaya Tidak Mengemas Kini Windows 10 Mereka Buat Masa Ini

Jika anda menggunakan produk Lenovo, secara khususnya model komputer riba ThinkPad X1 Carbon 7th Gen - (Type 20R1, 20R2) dari tahun 2019 dan 2020, anda dinasihatkan supaya tidak mengemas kini sistem operasi Windows 10 pada model komputer tersebut.

Ini kerana menurut Lenovo, kemas kini kumulatif Windows 10 Version 2004 bagi bulan Ogos akan menyebabkan pelbagai masalah kepada pengguna.

Kemas kini tersebut telah pun ditawarkan kepada semua pengguna Windows 10 sejak awal Ogos lalu.

Secara khusus, Lenovo menyenaraikan sebanyak 6 isu akan dihadapi pengguna jika mereka mengemas kini kepada versi Windows 10 tersebut:-

After installing the August 2020 cumulative update for Windows 10 Version 2004, users may notice one or more of the following symptoms:

  • Blue Screen of Death (BSoD) when booting

  • Blue Screen of Death (BSoD) when starting Lenovo Vantage

  • Blue Screen of Death (BSoD) when running Windows Defender Scan

  • Can't login by Face with Windows Hello

  • Errors in Device Manager related to Intel Management Engine

  • Errors in Device Manager related to IR Camera


Masalah tersebut berlaku apabila pengguna mengaktifkan ciri Enhanced Windows Biometric Security yang ada pada sistem komputer tersebut.

Jadi, buat masa ini cara bagi menangani isu tersebut adalah dengan menyah aktifkan ciri tersebut bagi mereka yang sudah mengemas kini sistem operasi Windows 10 mereka.

Ciri Enhanced Windows Biometric Security boleh dimatikan menerusi tetapan di dalam BIOS.

BIOS Setup -> Security -> Virtualization menu