Antara yang paling mendapat perhatian ialah Facebook Dating. Fungsi ini telah diuji sejak Ogos tahun lalu dan ia dikhabarkan bakal menjadi pesaing yang hebat buat aplikasi cari jodoh terkemuka, Tinder.
Pengguna di kebanyakan negara kini sudah boleh mula menggunakan fungsi tersebut selepas mengemaskini aplikasi Facebook di peranti mereka. Namun ia perlu diaktifkan secara manual.
Selepas mengaktifkan fungsi ini, pengguna akan dapat melihat pengguna lain dalam lingkungan jarak 100km yang turut sedang mencari jodoh menerusi Dating.
Berbeza dengan Tinder, Facebook Dating hanya memerlukan pengguna untuk menghantar mesej kepada calon jodoh mereka. Apabila penerima membalas mesej tersebut, mereka akan "disatukan" oleh aplikasi.
Selain itu, ia juga hadir dengan satu fungsi istimewa iaitu Secret Crush. Melaluinya, anda boleh menyenaraikan 9 pengguna yang anda minat dan sekiranya ada diantara mereka yang turut menyenaraikan anda sebagai crush mereka, anda berdua akan dijodohkan oleh Facebook Dating.
Bagaimanapun, harus diingatkan bahawa fungsi ini dibangunkan bertujuan untuk membantu mereka yang bujang sahaja.
Bagi yang sudah berkahwin, amat tidak digalakkan untuk menggunakan fungsi ini kerana ia mampu mengancam keselamatan anda.
Sumber: The Verge
Berkaitan
- Permohonan Kerja Akan Menjadi Lebih Mudah Dengan Ciri Baru Daripada Facebook Ini
- CFM ANIMATCH 2019 - Peluang Penggiat Dunia Animasi Tempatan Untuk Rebut Wang Tunai Sehingga RM20,000
- Kali Ini Facebook Messenger Pula Menampilkan Pembantu Suara Mereka Sendiri Diberi Nama 'M'
- Facebook Mungkin Memperkenalkan Ciri Seperti Tinder- Bertemu Jodoh Di Facebook
- 10 Permainan Video Yang Patut Dimiliki Pada Tahun 2019
- Kenapa Facebook Di Larang Di China- Ini Sebabnya
- #MWC2019 Nubia Alpha - Jam Tangan Pintar Yang Boleh Menangkap Swafoto Kini Dilancarkan
- Anda Boleh Ikuti Perkembangan Belanjawan 2019 Langsung Dari WhatsApp
- WhatsApp Status Bakal Paparkan Iklan, Pengasasnya Dedah Ketamakkan Facebook
- Unboxing Nokia 2720 Flip (2019)