Pengguna iPhone Dicadang Membersihkan Telefon Pintar Mereka Dengan Clorox Atau Alkohol

Salah satu usaha dari Apple bagi membasmi penularan wabak Covid-19.


Berikutan kebimbangan penularan wabak Covid-19, Apple telah mengesyorkan kepada para pengguna peranti Apple supaya membersihkan peranti-peranti mereka.

Ia termasuklah peranti iPhone, komputer Apple Macintosh, AirPods, aksesori peranti, Apple Watch, iPad, iPod dan lain-lain.



Kesimpulannya, semua peranti Apple yang dimiliki anda disyorkan supaya dibersihkan bagi membunuh kuman-kuman merbahaya.

Untuk membersihkannya pula, Apple mengesyorkan pengguna menggunakan 2 bahan utama iaitu isopropyl alcohol atau Clorox Disinfecting Wipes.

Using a 70 percent isopropyl alcohol wipe or Clorox Disinfecting Wipes, you may gently wipe the hard, nonporous surfaces of your Apple product, such as the display, keyboard, or other exterior surfaces. Don’t use bleach. Avoid getting moisture in any opening, and don’t submerge your Apple product in any cleaning agents. Don’t use on fabric or leather surfaces.”

Walaubagaimanapun, anda diminta supaya berhati-hati ketika membersihkan peranti-peranti Apple. Khususnya terhadap skrin iPhone atau skrin retina Macbook.

Ini kerana, bahan kimia yang terdapat dalam pencuci itu dikhuatiri boleh merosakkan lapisan khas yang terdapat pada skrin peranti tersebut.

Untuk info lanjut tentang perkara ini, layari laman sokongan Apple yang memberikan panduan khusus tatacara bagi membersihkan iPhone dan peranti-peranti Apple yang lain.

Berkaitan