Pengguna iPhone Berang Dengan Iklan Peranti Galaxy S9 Oleh Samsung

Jika industri permotoran dan automobil mempunyai persaingan dalam pemasaran yang hebat di antara BMW dan Audi, industri peranti mudah alih pula memiliki pertarungan antara Apple dan Samsung. Dan terbaru, Samsung sekali lagi telah mengeluarkan satu video untuk mempromosi peranti perdana terbaru mereka, Galaxy S9. Seperti dijangka, peranti iPhone keluaran Apple telah menjadi watak 'panas' dalam video tersebut.

https://www.youtube.com/watch?v=3qhW1sDPHYI

Dalam video berdurasi satu minit tersebut, pihak Samsung telah menggunakan kekurangan yang ada pada peranti iPhone 6 seperti tidak kalis air, bateri yang tidak bertahan lama serta prestasi yang perlahan sebagai asas untuk mempertontonkan kebolehan peranti Galaxy S9 terbaru mereka. Turut muncul dalam babak iklan tersebut ialah watak lelaki yang mengenakan gaya takuk pada bahagian depan rambut, yang juga sebelum ini pernah muncul dalam iklan Samsung yang terdahulu.

Walaubagaimanapun, iklan ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pengguna iPhone, menurut laporan The Sun. Ini kerana mereka kurang bersetuju dengan tindakan Samsung membandingkan peranti iPhone 6 yang dikeluarkan pada tahun 2014 dengan Galaxy S9 yang merupakan keluaran terbaru mereka. Mereka turut mencadangkan agar Samsung membuat perbandingan dengan peranti iPhone yang lebih terbaru seperti iPhone 8 atau iPhone X.

https://twitter.com/abinmbr/status/998486562504560640

https://twitter.com/Mgeepa/status/998493167002554368

Memandang Apple dijangka akan melancarkan beberapa model iPhone terbaru tahun ini, adakah kita akan dapat menyaksikan tindak balas Apple kepada video promosi keluaran Samsung kali ini? Sama-sama kita nantikan.

Sumber