Pengguna Internet Kini Boleh Menjana Pendapatan Melalui Pelayar Brave

Reading Time: 2 minutes

Pelayar Brave merupakan pelayar web berasaskan Chromium yang menghalang skrip pengesan dan skrip spy yang lain di dalam aktiviti dalam talian harian anda. Objektif utama pelayar ini adalah privacy dan revenue;

Privacy disini bermaksud info atau data pelayar tidak akan dicerobohi dan pelayar tidak akan melihat sebarang iklan yang kadang-kala menggangu paparan komputer anda dengan mempunyai pilihan untuk melihat atau tidak melihat apa-apa iklan.

Manakala revenue bermaksud jika pelayar ingin mendapat income dari pelayar Brave ini, mereka perlu mengaktifkan pilihan untuk melihat sesuatu iklan kemudian Brave akan memberi 70 peratus daripada revenue yang mereka cipta.

Pemilik syarikat Brave dan pencipta bahasa pengaturcaraan JavaScriptBrendan Eich, berharap dengan pelayar Brave, mereka dapat menyelesaikan isu antara pricavy dan revenue yang dimana secara normalnya sebelum ini ad networks membayar sesebuah laman sesawang untuk ruangan iklan dan pelayar seperti Brave atau Google Chrome untuk menyampaikan apa-apa iklan kepada pengguna. Eich mengubah konsep itu dengan meminta bayaran dari pihak ad networks dan menyalur 70 peratus kepada pengguna dengan ciriyang pelayar Brave ciptakan.

Secara ringkasnya, pihak Brave akan mengatur segala jenis pengiklanan didalam pelayar dan jika pengguna melihat iklan untuk menjana pendapatan, Brave tidak akan mendedahkan data pengguna ke individu atau syarikat tertentu dan pengguna dapat melayari tanpa dikesan.

Eich memandang hal ini berjaya memenangi empat perkara; pelayar menerima bayaran, pengguna juga menerima bayaran, lebih privacy dengan peraturan pelayar Brave tidak mencerobohi data pengguna dan ad networks dapat menjalankan urusan marketing mereka tanpa gangguan.

Brave akan memberi 70 peratus daripada revenue mereka, dianggarkan berjumlah $5 atau lebih kurang RM20.70 sebulan. Brave akan membayar kepada pengguna dengan matawang bitcoin-style yang digelar sebagai Basic Attention Tokens atau BAT. Syarikat pembangun pelayar ini juga menggalakkan pengguna untuk menyalurkannya kepada pencipta kandungan web kegemaran.

Sumber: Brave

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *