Pengguna Instagram Sedang Menghadapi Masalah Untuk Mengakses Aplikasi

Aplikasi perkongsian gambar dan video, Instagram kini dilihat sedang menghadapi masalah untuk diakses.

Apabila aplikasi Instagram dibuka, ia hanya memaparkan kandungan lama dan gagal untuk memuat naik kandungan baru yang diiringi dengan paparan mesej "Couldn't refresh feed". Berdasarkan paparan di laman Downdetector,  aduan pengguna turut menyatakan masalah pada bahagian News Feed mereka.



Melihat kepada kicauan di Twitter, rata-rata pengguna Instagram menyuarakan masalah yang sama.



Buat masa sekarang, tiada lagi pengumuman dibuat oleh pihak Instagram. Adakah anda salah seorang yang menghadapi isu ini?