Pengguna Instagram Mengadu Jumlah Pengikut Berkurang, Mungkin Berpunca Daripada Pepijat

Sekiranya anda pengguna tegar Twitter, berkemungkinan besar anda dapat melihat beberapa kicauan berkaitan pengguna Instagram mengadu mengenai kehilangan pengikut mereka semalam.

Antara yang paling terkesan pastinya selebriti atau insta-famous yang mempunyai ribuan atau jutaan pengikut.



Menyedari mengenai masalah itu, pihak Instagram kini sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut dalam kadar segera. Ia dipercayai berpunca daripada masalah pepijat dalaman.



Menurut kicauan terbaru di akaun Twitter mereka, Instagram menyasarkan untuk menyelesaikan masalah ini selewat-lewatnya pada jam 1 pagi esok waktu Malaysia.

 

Sumber: Instagram