Pengguna Instagram Kini Boleh Berkongsi Kiriman Pada Instagram Stories

Facebook Inc. sejak kebelakangan ini semakin rancak dalam mengemaskini ciri dan fungsi platform-platform mereka. Ini termasuklah fungsi pada platform perkongsian media popular mereka iaitu Instagram.

Seperti yang pernah kami laporkan sebelum ini,  mereka telah membenarkan perkongsian muzik pada fungsi Instagram Stories mereka hasil kerjasama dengan syarikat penstriman muzik terkemuka, Spotify. Dan Stories sekali lagi mendapat pembaharuan dalam kemaskini terbaru pada kali ini.

Bagi pengguna Instagram, anda kini sudah boleh berkongsi sebarang kiriman yang dibuat oleh sesiapa sahaja ke kiriman Stories anda. Caranya adalah seperti berikut :

1.Pergi ke kiriman yang anda ingin kongsikan dan klik pada imej seperti dibawah



2. Klik 'Add Post to Your Story'



3. Ubahsuai kiriman mengikut citarasa anda dan setelah selesai, klik 'Send to'.



4. Anda kini sudah berjaya berkongsi kiriman ke Instagram Stories anda.



 

Selamat mencuba !

Sumber