Pengguna Huawei Nova 3 & Nova 3i Di Malaysia Diberi Peluang Mencuba Beta EMUI 9.0

Huawei dilihat secara terus menerus telah memberikan pembaharuan terhadap siri Nova 3 mereka. Terbaharu, Huawei Malaysia telah membuka peluang untuk pengguna Huawei Nova 3 dan Nova 3i di Malaysia untuk mencuba EMUI 9.0 di peranti mereka sendiri.

Untuk mencubanya, pengguna hanya perlu mengikuti langkah mudah di bawah:

  1. Muat turun pakej - EMUI 9 BETA

  2. Daftar masuk menggunakan Huawei ID yang sah

  3. Sertai projek ini setelah ia tersedia pada 5 Disember nanti


Bagaimanapun, slot yang ditawarkan untuk ujian ini adalah terhad, maka daftar segera sekiranya anda berminat.

Selain membawakan sistem Android 9 Pie terbaharu, EMUI 9 ini juga bakal memberikan teknologi GPU Turbo 2.0 yang didakwa dapat mempertingkatkan prestasi peranti ke tahap yang baharu.

 

Sumber: Huawei Malaysia