Pengguna Huawei Mate 20 Pro Mengadu Masalah Skrin Menjadi Hijau

Diperkenalkan pada pertengahan Oktober yang lalu, Siri Mate 20 sememangnya mendapat pujian daripada ramai peminat peranti mudah alih.

Disebut sebagai salah satu telefon pintar terbaik 2018, baru-baru ini terdapat aduan daripada beberapa pengguna yang mendakwa Mate 20 Pro mereka mengalami masalah kehijauan pada skrin.



Warna hijau muncul disekeliling skrin apabila pemilik ingin melihat kandungan yang mempunyai latarbelakang gelap. Namun, begitu ada juga sesetengah unit yang dikatakan mempunyai masalah kehijauan lebih ketara.



Mengutip laporan daripada GSMArena, Huawei UK Community Forum Manager menjelaskan bahawa, "Mate 20 Pro menggunakan skrin OLED terkemuka dalam industri yang memaparkan reka bentuk khas dengan sisi melengkung untuk pengalaman visual yang dipertingkatkan dan lebih selesa. Ia mungkin menyebabkan perubahan warna apabila dilihat dari sudut berbeza."

Dalam pada itu, Huawei Finland pula mengeluarkan kenyataan mereka sedang menyiasat permasalahan itu. Di Finland, pengguna yang terkesan dengan skrin kehijauan akan menerima unit telefon pintar yang baru tanpa dikenakan caj.

Kami sudah berhubung dengan agensi Huawei Malaysia (Dentsu X), dan mereka menyatakan pihak syarikat pengeluar akan menjalankan prosedur dengan menyarankan pengguna yang terkesan untuk ke pusat perkhidmatan untuk bagi penilaian peranti untuk proses pertukaran atau sebaliknya.

Sumber:  GSMArena dan XDA Developers