Namun, walaupun pengguna boleh menikmati paparan 120Hz pada peranti S20, ia hanyalah terhad kepada resolusi Full HD sahaja dan bukannya resolusi fitrah peranti iaitu Quad HD. Ini bermakna pengguna perlu memilih sama ada resolusi tertinggi atau kadar segar semula tinggi dan bukan kedua-duanya sekali.
Peranti seperti OnePlus 8 Pro dan OPPO Find X2 Pro turut mempunyai spesifikasi panel sama dengan resolusi Quad HD dan 120Hz. Akan tetapi kedua-dua peranti ini mampu menukar resolusi Quad HD pada 120Hz. Ia seterusnya menimbulkan persoalan mengapa Galaxy S20 tidak mampu berbuat demikian.
Sebelum ini pengguna S20 mungkin hanya boleh berharap pada Samsung agar membaik pulih isu ini melalui kemaskini perisian peranti. Namun, rupa-rupanya Samsung mungkin tidak akan berikan 120Hz pada resolusi Quad HD disebabkan masalah limitasi perkakas.
Melalui data yang diperoleh dari AnandTech, terdapat perbezaan besar dari segi teknologi bagaimana peranti seperti OnePlus 8 Pro dan Galaxy S20 mencapai kadar segar semula 120Hz. Menurutnya, Galaxy S20 hanya menggunakan satu laluan Mobile Industry Processor Interface (MIPI) kepada pemacu paparan sedangkan OnePlus menggunakan dua laluan MIPI.
Dengan hanya menggunakan satu laluan MIPI, ia mengehadkan capaian 'tenaga' yang diperlukan untuk mencapai kedua-dua elemen 120Hz dan juga resolusi Quad HD. Dengan kata lainnya, kemaskini perisian kemungkinan besar tidak mampu menyelesaikan 'masalah' ini.
Jadi, kelihatannya pengguna S20 hanya terhad kepada pilihan 120Hz Full HD ataupun 60Hz Quad HD. Mari berharap agar Samsung tidak menimbulkan semula masalah ini pada peranti Galaxy S21 atau Note 20 yang akan datang. Untuk pengguna S20, harap bersabarlah ya.
Sumber: Anandtech
Berkaitan
- Data Peribadi Peranti Samsung Selebriti Korea Digodam - Pelakon, Bintang Kpop Antara Yang Terlibat
- Stylus S-Pen Untuk Galaxy S21 Ultra Perlu Dibeli Berasingan, Telefon Tiada Lubang Untuk Menyimpan S-Pen
- Tarikh Acara Samsung Unpacked 2020 Secara Rasminya Akan Berlangsung Pada 11 Februari Ini
- Samsung Dilaporkan Akan Menghentikan Penggunaan Cip Teras Kustom Mereka
- Samsung Harus Selesaikan Isu Bonggol Kamera Jika Mahu Muatkan Sensor 600MP
- Samsung Galaxy S10 Lite Bakal Menjadi Penambahan Baharu Dalam Siri Galaxy S10
- Galaxy Note 10 Lite Akan Gunakan Cip Flagship Exynos Tahun Lepas
- Harga Samsung Galaxy S22 Ultra Mungkin Mencapai Sehingga RM6399 Di Malaysia - Guna Cip Snapdragon 8 Gen 1
- Apa Yang Menarik Dengan Siri Samsung Galaxy S20 Kali Ini?
- Google Tawar Bayaran Tinggi Untuk Samsung Gunakan Google Assistant Dan Bukannya Bixby