Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna Galaxy Note 7 Masih Ramai Berbanding Telefon Android Yang Lain

Pengguna Galaxy Note 7 Masih Ramai Berbanding Telefon Android Yang Lain

Diterbitkan Disember 20, 2016 · Dikemas kini Disember 20, 2016 oleh Haikel Areff

Insiden letupan yang berlaku pada Galaxy Note 7 pada bulan September yang lepas ternyata menjadi pengalaman pahit buat Samsung. Samsung terpaksa menangung kos yang tinggi untuk mengantikan kesemua peranti tersebut yang telah dijual di pasaran. Pemangilan semula peranti tersebut daripada pasaran sudah 90% dalam penyiapan. Namun mengikut laporan dari Apteligent yang mendakwa penggunaan Note 7 masih berleluasa.

gsmarena_002

Walaupun secara rasminya Galaxy Note 7 sudah tidak lagi wujud di pasaran, namun ianya masih lagi digunakan oleh ramai orang mengalahkan pengguna flagship Android lain seperti LG V20, HTC Bolt atau OnePlus 3T. Galaxy Note 7 berasa di bawah Google Pixel dan Moto Z. Bayangkan jika insiden letupan peranti tersebut tidak berlaku, mungkin Galaxy Note 7 kini sudah menajdi raja dalam pasaran telefon dunia.

Tetapi jika dikaji semula, LG melancarkan model V20 secara terhada, sama juga dengan HTC Bolt yang juga dikenali sebagai Sprint US, sebuah peranti yang eksklusif di sana. OnePlus 3T juga secara rasminya diperkenalkan namun penjualannya hanya di beberapa negara sahaja setakat ini, terbaru di India. Jadi kajian ini secara teorinya adalah tidak tepat. Namun jika difikirkan semula, sebenarnya Note 7 ini adalah peranti yang sangat digilai.

Jika dilihat seperti dalam gambar, kita dapat lihat Sony Xperia XZ yang sedang berada di takhta liga telefon Android.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
©2026 WISER.MY