Pengguna Facebook Dibayar Bagi Menambah Baik Teknologi Pengecaman Suara

Hanya melibatkan pengguna yang mendaftar dengan program "Pronunciations".


Laman The Verge melaporkan, Facebook akan menawarkan bayaran kepada sebahagian pengguna bagi suara mereka yang dirakam dan digunakan bagi menambah baik teknologi pengecaman suara yang dibangunkan Facebook.

Langkah ini diambil selepas gergasi platfom sosial itu didapati telah merakam suara pengguna tanpa pengetahuan mereka bagi menambah baik sistem pengecaman suara.

Kes yang sama juga didapati berlaku terhadap Amazon, Apple, Google dan Microsoft.

Menurut The Verge, pembayaran akan diberikan kepada pengguna yang terlibat dalam program “Pronunciations”.

Program itu dilaksanakan menerusi aplikasi Viewpoints yang digunakan bagi tujuan kaji selidik seterusnya menambah baik servis yang ditawarkan Facebook.

"Facebook Viewpoints rewards you for participating in programs like tasks, research, surveys or trying new products. Data from Facebook Viewpoints is used to help create better apps and services, and to benefit the community."

https://www.youtube.com/watch?v=w6hT7gs2uGE&feature=emb_logo

Cuma buat masa ini, program tersebut hanya dilaksanakan untuk pengguna yang berumur 18 tahun dan ke atas di dalam Amerika sahaja.