Pengguna Facebook Akan Tetap Dihidangkan Dengan Iklan Biarpun Sudah Memasang Perisian 'Ad Blocker'







9 Ogos - Syarikat media sosial nombor satu dunia, Facebook, hari ini mengumumkan bahawa mereka akan tetap menghidangkan iklan kepada pengguna-pengguna Facebook di komputer biarpun mereka telah memasang perisian 'Ad Blocker' di pelayar web.



Perkara itu diumumkan oleh Facebook menerusi satu penulisan di blog mereka.



Namun, syarikat itu turut mengumumkan bahawa mereka akan memberikan pengguna lebih kawalan terhadap iklan apa yang mereka mahu lihat di garis masa mereka.







Facebook berkata keputusan itu dibuat selepas satu kajian survey dari syarikat Ipsos Connect yang mendapati majoriti dari 2,000 pengguna yang terlibat dalam kajian itu berkata mereka menggunakan 'Ad Blocker' kerana tidak suka dengan iklan yang mengganggu dan takut terhadap risiko keselamatan.



'Ad Blocker' semakin mendapat tempat dalam kalangan pengguna internet dan trend itu menyebabkan syarikat-syarikat pengiklanan atas talian agak risau.