Pengguna Boost Kini Boleh Akses Dan Bandingkan Harga Produk Dalam Aplikasi

Hari ini Boost mengumumkan kerjasama dengan syarikat pengagregat e-dagang, Kumpulan iPrice. Melalui kerjasama ini, pengguna e-dompet boleh mengakses jutaan produk daripada ribuan peniaga di seluruh Malaysia.

Pengguna juga dapat menikmati pengalaman membeli-belah dengan lebih baik kerana pengguna dapat membandingkan produk, harga dan jadual penghantaran melalui platform tersebut.

Selain itu, ia menawarkan baucar dan  kupon kepada pengguna. Tambahan lagi, pengguna kini lebih mudah untuk membandingkan harga dan memperoleh tawaran yang terbaik dengan lebih selamat dan mengujakan.



Jika anda berminat untuk menggunakan platform ini, anda boleh memuat turun aplikasi Boost dan ikuti langkah seperti di bawah:

  1. Buka app Boost e-Wallet app dan klik "Do More" (ikon Boost)

  2. Klik "More", tatal bawah ke "online shopping" dan klik "iPrice"

  3. Semak produk, bandingkan harga, baca maklumat produk kemudian pilih produk yang ingin dibeli

  4. Klik "checkout", isikan maklumat anda, seterusnya klik "Pay with Boost"