Pengguna Dinasihatkan Supaya Tidak Melakukan Urusan Perbankan Menerusi Windows 7

Microsoft sudah pun menamatkan sokongan terhadap Windows 7.


Penyelidik keselamatan dan agensi keselamatan siber kerajaan UK telah mengeluarkan amaran kepada pengguna supaya tidak menjalankan sebarang aktiviti perbankan internet mahupun berutus emel menerusi platfom Windows 7.

Ia berikutan tamatnya sokongan oleh Microsoft terhadap sistem operasi komputer usang itu hari ini.

Oleh itu, para pakar keselamatan internet menasihati supaya pengguna yang masih menggunakan sistem komputer usang itu kepada versi Windows 10 yang lebih moden dan selamat.

The NCSC would encourage people to upgrade devices currently running Windows 7, allowing them to continue receiving software updates which help protect their devices. We would urge those using the software after the deadline to replace unsupported devices as soon as possible, to move sensitive data to a supported device and not to use them for tasks like accessing bank and other sensitive accounts. They should also consider accessing email from a different device.” Jurucakap bagi pihak National Cyber Security Centre UK (NCSC).

Walaupun Windows 7 telah ditamatkan sokongannya, tetapi dipercayai lebih daripada 440 juta pengguna di seluruh dunia masih menjalankan Windows 7 pada komputer mereka.

Windows 7 pertama kali ditawarkan kepada pengguna diseluruh dunia pada 22 Oktober 2009 dahulu dan telah menjadi sistem operasi komputer yang  amat disenangi pengguna selepas Windows XP.

Sumber: Telegraph