Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Menghantar Gambar Dengan Kualiti Asal Di WhatsApp Menggunakan iPhone

Pengguna Di India Kini Boleh Membuat Transaksi Kewangan Terus Dari WhatsApp

Diterbitkan November 11, 2020 ยท Dikemas kini November 11, 2020 oleh ariff bukhari

Bermula 6 November lalu, pengguna aplikasi sembang sosial WhatsApp sudah boleh menggunakan ciri terbaru yang membolehkan urusan transaksi kewangan dilakukan terus dari aplikasi tersebut.

Ciri baru ini akan memudahkan pengguna menghantar wang kepada keluarga atau rakan dari jauh dengan selamat tanpa perlu ke bank.

Apa yang diperlukan hanyalah mempunyai akaun bank dan kad debit sahaja.

Cuma ciri baru ini hanya ditawarkan kepada pengguna WhatsApp di India sahaja buat masa ini.

Pengguna Di India Kini Boleh Membuat Transaksi Kewangan Terus Dari WhatsApp
Sumber: WhatsApp Blog

WhatsApp memaklumkan, bagi membolehkan ciri ini digunakan, mereka telah bekerjasama dengan 5 buah bank utama India iaitu ICICI Bank, HDFC Bank, Axis Bank, the State Bank of India, dan Jio Payments Bank.

WhatsApp telah pun memulakan percubaan ciri ini di India sejak Februari 2018 dahulu. Kini ia ditawarkan kepada semua pengguna WhatsApp di India yang berjumlah lebih daripada 10 juta pengguna.

Setakat ini WhatsApp tidak menyatakan sama ada ciri transaksi wang ini akan diperluaskan kepada para penggunanya di seluruh dunia pada masa hadapan.

Tetapi terdapat ura-ura bahawa ciri seperti ini turut akan ditawarkan kepada pengguna WhatsApp di beberapa buah negara lain.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY