Pengguna Dakwa Meter Pintar Sebabkan Bil Elektrik Melambung, Aduan Boleh Dibuat Kepada Suruhanjaya Tenaga

Menyoroti perkongsian dimana media sosial ketika ini, antara topik hangat yang diperkatakan beberapa hari kebelakangan ini adalah berkenaan dengan meter pintar TNB.

Peralihan kepada meter pintar tersebut dikatakan sebagai penyebab bil semasa perkhidmatan elektrik pengguna melambung tinggi lebih daripada kebiasaan.

Memetik laporan daripada Bernama, orang ramai yang terlibat dengan permasalahan ini boleh membuat aduan kepada Suruhanjaya Tenaga sekiranya TNB gagal mengurus aduan mereka.

Selain daripada itu, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin menyatakan beliau akan mengumumkan prosedur bagi saluran kedua itu jika TNB masih gagal dalam mengendalikan aduan pengguna.

Terdahulu, TNB melalui akaun media sosial mereka sudah maklum mengenai isu yang melanda dibeberapa tempat di Melaka.


Berdasarkan perkongsian di TNB Careline hari ini, Tenaga Nasional telah menjalankan Operasi Semak Kejituan Meter di kediaman pengguna meter pintar di sekitar negeri Melaka. Khidmat nasihat serta bimbingan cara untuk melayari laman web portal meter pintar serta penggunaan aplikasi myTNB turut dilakukan kakitangan yang terlibat.

Sumber: Bernama

Sumber foto utama: TNB Careline