Pengguna Chrome Akan Boleh Membuat Carian Tab Laman Sesawang Terus Dari Tab Terbuka

Google kini sedang menguji ciri terbaru yang akan membolehkan pengguna aplikasi pelayar Chrome membuat carian terus dari tab.

Tab tersebut akan membolehkan pengguna Chrome membuat carian laman sesawang yang sudah dibuka mereka bersama laman sesawang yang lain.

Ciri ini akan memberikan manfaat khususunya kepada mereka yang gemar membuka puluhan laman sesawang sekaligus.

Jadi dengan ciri ini pengguna Chrome tidak lagi pening tercari-cari kedudukan tab sesuatu laman sesawang.

Untuk mencuba ciri baru ini, anda boleh memuat turun versi pembangun pelayar Chrome iaitu Chrome Canary.

Selepas selesai muat turun dan pemasangan, aktifkan Chrome Canary dan taip Chrome://flags dalam bar carian pelayar tersebut.

Seterusnya buat carian 'Enable Tab Search' dan aktifkan ciri tersebut.



Kemudian Restart pelayar tersebut dan anda sudah boleh mencuba ciri carian tab Chrome.

Kapsyen: Butang tab ini hanya boleh digunakan untuk membuat carian tab laman sesawang yang sedang aktif sahaja. 


Ciri baru ini dijangka akan ditawarkan kepada semua pengguna pelayar Google Chrome dalam kemas kini akan datang.