Pengguna Celcom Dan TuneTalk Bakal Hadapi Gangguan Perkhidmatan

Sekiranya anda pengguna Celcom dan Tune Talk, kedua-dua telco ini bakal mengalami gangguan perkhidmatan. Hal ini adalah berikutan daripada kerja-kerja penyelenggaraan yang bakal dilakukan oleh Celcom sebagai pengendali rangkaian.

Seperti yang diumumkan oleh Tune Talk dan pada laman Facebook, kerja selenggara tersebut akan bermula hari ini, 9 Disember 2019 sehingga 13 Disember hadapan.

tune talk celcom


Lanjutan daripada itu, pengguna yang terlibat mungkin menghadapi kesukaran dalam menggunakan perkhidmatan data serta panggilan suara. Dinyatakan juga gangguan rangkaian ini akan meliputi pengguna di kawasan Lembah Klang, Selangor, Johor, dan Sabah.


Celcom juga menjelaskan bahawa pasukan teknikal mereka sedang berusaha untuk meminimakan impak kerja penyelenggaran tersebut dan dijangka ia selesai sebelum 13 Disember.