Pengguna Celcom Berpeluang Miliki OPPO R17 Pro, OPPO F9, Huawei Nova 3i Secara Percuma

Memberi peluang pengguna mendapatkan telefon pintar terbaik secara percuma, Celcom bakal mengadakan cabutan bertuah.

Pertandingan cabutan bertuah itu akan dijalankan pada 14 Januari 2019 dan berakhir pada 31 Januari 2019.

Penyertaan hanya terhad kepada pengguna prabayar dan pascabayar Celcom sahaja.

Pemenang pertama akan menerima OPPO R17 Pro, sementara pemenang kedua serta ketiga akan memiliki OPPO F9 dan Huawei Nova 3i.

Cara penyertaan cabutan bertuah adalah seperti berikut:

  • Daftar/Daftar masuk ke Portal Celcom Online Customer Service (OCS)

  • Log masuk masuk portal OCS

  • Buat sebarang pembayaran atau tambah nilai (minimum RM10) didalam portal OCS bagi tempoh 14-31 Januari 2019.




Pemenang cabutan bertuah akan dihubungi oleh pihak Celcom untuk urusan penyerahan hadiah.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari Celcom Community