Pengguna Celcom Bakal Mengalami Gangguan Servis Disebabkan Naik Taraf Sistem Pembayaran

Pengguna Celcom samada dari pengguna pra-bayar mahupun pasca-bayar dikatakan akan mengalami gangguan servis perkhidmatan dari pukul 8 pagi pada 20 Mei dan akan berterusan sehingga pukul 6 pagi pada 21 Mei.

Gangguan tersebut dikatakan kerana pihak Celcom sedang melakukan kerja-kerja naik taraf terhadap sistem bayaran bil mereka, servis sokongan pelanggan atas talian, Aplikasi Mobil dan Stor Atas Talian Celcom dan servis-servis lain lagi.

Sepanjang tempoh gangguan ini, sebarang pengaktifan  akaun pra-bayar hanya boleh dibuat di Celcom dan cawangan yang dilantik mereka sahaja.

Bentuk gangguan yang dialami oleh pengguna adalah  tidak dapat menerima sebarang panggilan dan juga SMS. Bentuk gangguan servis ini akan melibatkan pelanggan yang mendaftarkan perkhidmatan sebelum 29 Januari 2018.

Celcom Axiata telah membuat kiriman di laman sesawang mereka mengenai perkara ini dan pelanggan boleh mendapatkan maklumat lanjut di sana.