Pengguna Asus Zenfone Max Pro M1 Di Malaysia Mula Terima Kemaskini EIS

Asus Zenfone Max Pro M1 yang dilancarkan pada pertengahan tahun lalu terus menerima kemaskini perisian sistem. Terbaru, pengguna peranti tersebut di negara ini telah mula menerima kemaskini 15.2016.1811.338.

Kemaskini kali ini dilihat lebih menfokuskan kepada penambahbaikan sistem dan fungsi sedia ada seperti sokongan WiFi, sokongan kepada Instagram serta fungsi keselamatan.



Namun, antara yang penambahbaikan yang paling menarik pastinya pada sistem kamera peranti. Kemaskini ini dikatakan membawa fungsi penstabilan imej elektronik(EIS) sekaligus menjadikan rakaman video nampak lebih stabil dan kemas.

Tambahan lagi, menurut para pengguna yang telah memasang kemaskini tersebut pada peranti mereka, ia membuatkan bateri mereka tahan lebih lama disamping memberikan tempoh screen-0n-time(SOT) yang lebih lama.

Bagi pengguna Asus Zenfone Max Pro M1 yang masih belum mengemaskini perisian peranti, anda boleh lakukannya dengan pergi ke laman Settings > System > System Update.

Berkaitan