Pengguna Aplikasi WhatsApp Tidak Diiktiraf Mungkin Akan Disekat, Hilang Rekod Perbualan

Bagi anda yang menggunakan aplikasi WhatsApp pihak ketiga yang tidak diiktiraf seperti WhatsApp Plus dan GB WhatsApp, anda dinasihatkan untuk merekodkan(back-up) sejarah perbualan anda dan gunakan aplikasi WhatsApp asli dengan segera.

Ini kerana, pihak WhatsApp kini sedang giat mengesan pengguna aplikasi seperti itu untuk digantung atau disekat bagi memaksa mereka menggunakan aplikasi WhatsApp asli sahaja.

Kapsyen: Techno FAQ


WhatsApp akan menghantar notifikasi amaran menyatakan akaun anda akan "digantung sementara" sekiranya anda dikesan melakukan kesalahan tersebut.

Lebih teruk, jika anda beralih ke aplikasi WhatsApp yang asli, sejarah perbualan anda di aplikasi lama tidak akan boleh digunakan kembali.

Ini bermakna sekiranya anda tidak melakukan back-up, segala perbualan lama anda tidak akan dapat diakses semula.

WhatsApp pihak ketiga menjadi pilihan sebahagian daripada kita memandang ia mempunyai beberapa fungsi menarik yang tidak ditawarkan pada aplikasi WhatsApp asli.

 

Sumber: Business Today