Google telah membuang aplikasi tersebut dari Play Store mereka.

Google mengesahkan bahawa mereka telah membuang sebuah aplikasi VPN popular dari Play Store mereka selepas didapati aplikasi itu terdapat kecacatan yang membenarkan berlakunya serangan MITM (man-in-the-middle).

Aplikasi VPN popular yang dimaksudkan di sini adalah aplikasi SuperVPN yang sudah dimuat turun oleh pengguna Android lebih daripada 100 juta kali.

Selain serangan MITM, SuperVPN juga didapati menjadi platfom kepada penyebaran dan persembunyian perisian hasad.

Disebabkan itu, Google bertindak membuang SuperVPN dari Play Store pada 7 April baru-baru ini.

IKLAN

Hasil daripada siasatan lebih mendalam terhadap pembangun aplikasi tersebut iaitu SuperSoftTech mendedahkan bahawa pembangun tersebut dimiliki oleh Jinrong Zheng, iaitu sebuah syarikat yang berpangkalan di Beijing.

Walaupun SuperSoftTech disenaraikan berpangkalan di Singapura.

IKLAN

Ini bukan kali pertama SuperVPN diklasifikasikan sebagai aplikasi yang menggugat keselamatan pengguna.

Dalam tahun 2016 dahulu, penyelidik keselamatan dari Australia telah  menyenaraikan SuperVPN di tangga ke-3 sebagai aplikasi VPN yang paling merbahaya kepada pengguna sejak ia ditawarkan dalam Google Play Store.

Jadi, sekiranya anda ada memasang aplikasi SuperVPN di dalam telefon pintar anda, disyorkan supaya anda membuangnya dengan segera.

Sumber: VPNPro