Pengguna Aplikasi Twitter Di Peranti Android Digesa Mengemas Kini Segera Aplikasi Tersebut

Terdapat kecacatan kritikal pada versi terdahulu aplikasi Twitter di platfom Android.


JIka anda ada memasang atau pengguna tegar aplikasi Twitter untuk peranti Android, anda digesa supaya segera mengemas kini aplikasi tersebut.

Ini kerana terdapat kecacatan kritikal pada aplikasi tersebut yang boleh membahayakan pengguna Twitter di peranti Android.

Kecacatan tersebut boleh menyebabkan eksploitasi oleh penggodam bagi mengakses data sensitif atau mengawal sepenuhnya akaun Twitter pengguna.

Isu ini telah disahkan sendiri oleh pihak Twitter.

"...through a complicated process involving the insertion of malicious code into restricted storage areas of the Twitter app, it may have been possible for a bad actor to access information (e.g., Direct Messages, protected Tweets, location information) from the app."

Pihak Twitter telah memaklumkan bahawa mereka telah memperbetulkan isu kecacatan tersebut. Setakat ini, mereka tidak menerima atau mengesan sebarang aktiviti pencerobohan data berikutan kecacatan aplikasi mereka.

Sungguhpun begitu, pengguna Android disyorkan supaya mengemas kini aplikasi Twitter mereka dengan segera. Isu ini tidak melibatkan pengguna aplikasi Twitter di peranti iOS.