Pengguna Aplikasi Pelayar Google Chrome Disaran Segera Mengemas Kini Aplikasi Tersebut

Google memaklumkan penemuan 3 kecacatan utama pada aplikasi pelayar Chrome.


Google beberapa hari lalu memaklumkan penemuan sebanyak 3 kecacatan kritikal pada aplikasi pelayar Google Chrome.

1 daripada kecacatan kritikal itu ditemui oleh Sergei Glazunov menerusi Google Project Zero yang membolehkannya beliau menerima wang ganjaran berjumlah USD5000.00

Manakal 2 lagi ditemui oleh penyelidik keselamatan dari Mozilla.

Menurut Google, pepijat pelayar tersebut boleh menyebabkan kod  aplikasi itu d eksploitasi. Sekaligus menyebabkan serangan penggodam terhadap pengguna.

Google juga memaklumkan bahawa mereka menyedari tentang isu ini malah menyatakan berlakunya eksploitasi terhadap pepijat pada pelayar tersebut.

"Google is aware of reports that an exploit for CVE-2020-6418 exists in the wild."
Oleh itu, pengguna aplikasi Google Chrome disaran supaya segera mengemas kini pelayar tersebut kepada versi terkini.


Jadi, pastikan anda menggunakan versi pelayar Google Chrome 80.0.3987.122 atau terbaru bagi pengguna Windows, Mac, dan Linux.