Pengguna Android Marshmallow dan Nougat Kini Boleh Merasai Fungsi Google Assistant

Google Assistant kini hadir untuk peranti yang dikuasakan oleh Android 6.0 Marshmallow dan Android Nougat 7.0. Google juga telah membuat pengunguman di MWC 2017 tentang fungsi ini akan diluaskan ke Android 6.0.

googleassistantgalaxydevices

Pada asalnya Google hanya menawarkan fungsi Google Assistant pada peranti Google Pixel sahaja. Google Assistant kini sedang dilaksanakan di Amerika Syarikat, Australia, Kanada, dan United Kingdom ketika ini. Sabar wahai rakyat Malaysia.

Google juga  berjanji untuk terus menambah lebih banyak bahasa dari semasa ke semasa. Anda tidak perlu berbuat apa-apa untuk mendapatkan fungsi Google Assitant ini kerana mereka akan tampil dengan kemaskini automatik sekiranya anda menggunakan peranti yang disokong.

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=W_BeK48-Bzc[/embed]

Sumber