Berdasarkan kepada analisis terhadap kaji selidik penggunaan telefon pintarĀ yang dijalankan oleh laman App Annie untuk tahun 2021 mendapati lebih daripada 21 juta aplikasi dan permainan baru ditawarkan untuk pengguna perantiĀ iOS dan Android.
Pengguna telefon pintar di seluruh dunia juga didapati telah memuat turun sebanyak 230 bilion aplikasi baru.
Secara purata, sejumlah 435,000 aplikasi dimuat turun setiap minit sepanjang tahun 2021 lalu.
Pengguna telefon pintar juga didapati telah membelanjakan sebanyak USD170 bilion untuk membeli aplikasi-aplikasi di Apple App Store, Google Play Store dan stor aplikasi pihak ketiga.
Secara puratanya pula, pengguna membelanjakan sebanyak USD320,000 setiap minit dalam tahun 2021.
App Annie juga menyatakan, sebanyak 233 aplikasi dan permainan telah menjana pendapatan sehingga lebih daripada USD100 juta.
13 daripadanya pula menjana lebih daripada USD1 bilion.
Menurut App Annie lagi, secara purata seorang pengguna telefon pintar Android khususnya akan menghabiskan masa pada telefon pintar mereka selama 4.8 jam setiap hari.
Tetapi tidak untuk pengguna telefon pintar di Brazil, Indonesia dan Korea Selatan di mana mereka menghabiskan masa lebih daripada 5 jam sehari untuk telefon pintar.
App Annie juga mendapati, setiap 7 daripada 10 minit akan dihabiskan pengguna telefon pintar untuk aplikasi sosial, fotografi dan video.
Sumber: App Annie